: Bismillahirrahmanirrahim :
Rajab adalah bulan mencari keampunan. berupayalah untuk membanyakkan istighfar dalamnya.

Melejitkan? Apakah? Perkataan ini asalnya disebut oleh kawanku, kemudian barulah aku
'bercinta' dengannya. Melejitkan adalah perkataan Indonesia yang membawa maksud
melonjakkan jadi, kita boleh juga membaca tajuk di atas, 'Melonjakkan Potensi
Dengan Iman'. Potensi? Oh, potensi itu kelebihan, keistimewaan dan kemampuan
kita dalam melakukan sesuatu perbuatan. Pentingkah potensi ini? Kalau penting,
apa pula kaitannya dengan iman kita?
POTENSI KITA SEPERTI BANGUNAN YANG TERDIRI DARIPADA BATU BATA UNIK DAN KHAS
Dulunya, kita tak pernah sedar apa kelebihan Allah menciptakan kita dengan pelbagai karakter? Sungguh, Allah itu Maha Bijaksana, Maha Mengetahui. Rupanya kita ini saling melengkapi bagaikan satu bangunan. Kita ini adalah batu bata yang setiap satunya mempunyai potensi tersendiri. Batu bata ini penting supaya bangunan tetap kukuh dan seimbang. Kerana batu bata yang unik dan khas sangat penting untuk bangunan, begitu juga dengan potensi yang kita ada, sangat penting dalam menegakkan dakwah. Saudaraku yang mulia, kita harus percaya bahawa diri kita ada potensi tersendiri- dan kita harus tahu apa pula potensi kita?
Orang yang beriman sudah tentu akan berpotensi- tak kiralah potensi apa pun. Potensi itu kelebihan. Yang menggerakkan ke arah kelebihan itu adalah kemahuan. Pernah dengarkan, di mana ada kemahuan di situ ada jalan? Maka, yang memandu kemahuan adalah iman. Sebab itulah kawanku, orang yang beriman sudah tentu saja seorang yang berpotensi. Dia dapat menarik potensinya walaupun mulanya dia tidak berpotensi. Kerana boleh saja yang memandu kemahuan itu adalah nafsu yang cenderung untuk berbuat jahat. Apa yang akan jadi kalau nafsu yang menguasai kemahuan? Hmm...jadilah dia orang yang berpotensi tetapi menggunakan potensi yang dimiliki itu untuk berbuat jahat, memuaskan nafsu atau mungkin sia-sia saja. Ada juga yang beriman tetapi tidak berpotensi, maka Allah yang lebih mengetahui rancangan apakah yang sedang Dia uji terhadap hambaNya itu- yakinlah, Allah sedang merancang sesuatu yang lebih baik jadi sentiasa yakin yang belum sampai masanya jodoh engkau untuk bertemu dengan potensimu. Ada pula yang beriman dan berpotensi. WAH, INI LAGI HEBAT! Dia boleh menyalurkan potensinya ke arah yang luar biasa, penuh kebaikan dan pengaruh serta menambahkan pahala kebaikan dirinya pula.
Molek benarlah kalau aku memetik sedikit kata-kata dari Imam Hassan Al Banna;
"Kepintaran dalam menggunakan KEMAMPUAN yang ada pada individu dalam gerak kerja, tidak membiarkan jiwa serta diri mereka berpaling ke sana sini mencari sesuatu yang boleh mengisi kekosongan."
Lihatlah, saudaraku, potensi itu yang menjadikan kita Muslim yang kuat- di mana kita menggunakannya dengan betul. Jelitkan pula potensi itu dengan iman yang mantap!
M.Lili Nur Aulia pernah menulis dalam salah satu bukunya, para nabi dan salafus soleh memiliki potensi mereka sendiri yang menghiasi perjalanan mereka dalam memperjuangkan agama Allah. Rasulullah SAW kita itu sangat hebat! Badan baginda kuat, pandai bermain pedang dan pengaruhnya juga hebat. Baginda bersabda, "Aku diberi keistimewaan melalui kemenangan dengan tumbuhnya rasa takut di dalam diri musuh dalam jarak perjalanan satu bulan." Sahabat yang lain pun ada juga. Antaranya ;
Abu Bakar: Manusia paling penyayang
Muadz Bin Jabal: Paling mengetahui halal dan haram
Umar Al Farouq: Paling tegas dalam agama Allah
Potensi harus diasah selepas diketahui, jangan biar dipendam. Bayangkan jika memiliki potensi yang hebat tetapi dibiarkan? Apa gunanya dengan berkata, "Aku boleh melakukan ini...aku boleh itu...." tapi tak ada bukti engkau buat pun? Bukankah rugi yang amat kerana dengan putensi kita boleh membuat perniagaan dengan Allah SWT? Boleh pula menambahkan iman dan pahala amal soleh. Dalam Ayyuhal Walad ada menegaskan,
"Kalau seseorang ada memiliki sepuluh bilah pedang yang sangat tajam dan juga bermacam-macam senjata yang lain dan dia pila adalah seorang yang berani dan sangat cekap dalam peperangan. Lalu datang seekor singa yang garang dan terus menyerangnya. Maka apa pendapatmu, apakah semata-mata memiliki senjata tadi tanpa menggunakannya sudah cukup untuk menangkis serangan singa itu? Sudah tentu tidak. Segala senjata itu bermanfaat apabila digunakan oleh tuan empunya senjata itu. Begitulah perumpamaan keadaan seseorang yang telah mengetahui ratusan ribu masalah ilmu tetapi dia tidak beramal dengannya. Ilmunya tidak bermanfaat kecuali setelah diamalkan."
Siapa sangka, potensi yang kita miliki bakal memberi kita kedudukan istimewa di sisi Allah sama seperti Abu Bakar, Umar dan sahabat yang lain. Teruskanlah memberi jasa kepada Islam tak kiralah apa potensi kita. Semoga dengannya kita lebih mengenali dan mengetahui potensi sebenar yang kita ada.
Dan di sini aku menyeru kawan-kawanku yang menyedari bulan Rajab sudah tiba dan Ramadan juga turut serta dalam sikit masa saja lagi, gunakanlah potensi ini untuk mencapai ketaqwaan dalam diri kamu. Insha Allah, dengan banyak istighfar, berpuasa dan beramal soleh dalam bulan ini akan merpersiapkan kita untuk menghadapi bulan Ramadan nanti. Seterusnya, semoga dalam bulan berpuasa itulah nanti kita mampu istiqamah dengan amalan-amalan kita agar kita menjadi orang-orang yang bertaqwa. Amin.
KITA INI MULIA KERANA ISLAM. SELAGI POTENSI ITU DIGUNAKAN UNTUK ISLAM, ALLAH AKAN MENJAGA KITA.

"Sesungguhnya, Allah menyayangi orang iman yang
bekerja." -Hadis-

0 comments:
Post a Comment