Saturday, July 21, 2012

KALAM SETIAUSAHA AGUNG PERKEMAT 11/12 SEMPENA RAMADHAN KAREEM


بسم الله الرحمن الرحيم
            Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yg menciptakan sekalian alam, sebagai Khalik. Yang Maha Pengasih dan Pemurah. Kita tidak akan sesekali terlepas daripada pandanganNya. Selawat dan salam ke atas junjungan Rasulullah saw, kerana melalui pengorbanan baginda, kita dapat mengecapi nikmat Iman dan Islam. Berwasilahkan perjuangan Junjungan Agong, kita dapat lagi menikmati rasa kemanisan dalam roh Islam. Allahu Akbar..
Ikhwah dan Akhawat yang dirahmati Allah,
                Universiti Ramadhan mula membuka borang kepada hamba Allah Taala ingin menjadi mahasiswa dalam university tersebut. Universiti inilah yang mana menjadi impian seorang hamba itu untuk berusaha menjana Tarbiyah perjalanan seorang Muslim. Di dalam universiti ini, pelbagai ruang dan peluang untuk kita tingkatkan amalan kerana dalam sebuah hadis ada menyebut, Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw telah bersabda: “Apabila bulan Ramadhan telah datang, maka dibukalah pintu-pintu syurga, ditutuplah pintu-pintu neraka dan diikat semua syaitan”.
                Pensyariatan berpuasa dalam bulan Ramadhan, Allah telah nukilkan dalam Kalamullah yang bermaksud: “ Wahai orang-orang yang beriman! Telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa, sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat sebelum kamu, moga-moga kamu bertaqwa”..( Al-Baqarah :183)
Ikhwah dan Akhawat yang dikasihi Allah,
                Begitu nikmat jika dihayati dan diambil pengibrahan Bulan Ramadhan ini. Ramadhan adalah tempat kita mengembara konsep Tarbiyah itu sendiri. Yang mana satu konsep untuk kita mendekati Rabb. Kembara Ramadhan adalah tempat untuk kita membina sifat ketaqwaan kepada Allah taala. Ia bertepatan dengan ayat Allah dalam surah Al-Baqarah itu tadi.
                Jadikan kembara kita pada tahun ini, suatu kembara yang luar biasa yang mana kembara yang berlandaskan Iman dan nawaitu kita adalah kerana Allah Taala semata-mata. Sebagaimana pernah Rasulullah saw menegaskan bahawa, ‘ sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan atas dasar iman dan mengharapkan pahala daripada Allah, dosa-dosanya yang lalu akan diampun’. Anggaplah Ramadhan kali ini, adalah Ramadhan yang terakhir bagi kita.
                Akhir kalam, ana ucapkan selamat menjalani Kembara Ramadhan kali ini, jangan bazirkan peluang keemasan yang disediakan untuk kita. Sertailah ia dengan nilai ketaqwaan kepada Allah Taala. Perbanyakkan amalan di bulan keberkatan ini. Moga-moga kita amalan kita itu diterima Allah Taala..InsyaALLAH..
SALAM MENGEMBARA..
SALAM RAMADHAN KAREEM..
Wassalamualaikum..

0 comments: