Sebuah
program telah dilaksanakan untuk meraikan para siswa dan siswi Darul Quran
baru, pelajar semester satu sesi 2012/2015. Program ini dinamakan SYABAB, yang
merupakan singkatan daripada “ Synergy of Ulul Albab”. Program ini dilaksanakan
pada 18-20 Mac 2012 di Nur Laman Bestari Eco Resort.
Pelbagai slot telah dilaksanakan.
Antaranya ialah slot ceramah dari penceramah-penceramah yang hebat, forum
ilmiah, debat antara pelajar, dan LDK. Antara penceramah yang dijemput ialah
Ustaz Shaari Abdul Rahman yang merupakan penulis buku “Kuasa kepimpinan Al
Fateh”. Antara tujuan syabab ialah untuk
melahirkan ukhuwwah islamiyah sesama peserta dan mengajar para peserta untuk
taat kepada pemimpin. Program ini mengajak para peserta untuk betul-betul menghayati
tiga rukun ukhuwwah iaitu:
SALAMATUS
SODRI: Menerima segala kekurangan dan kelebihan yang ada pada diri seseorang
itu
MUSAWAH:Semua
orang itu sama tidak kira rupa, bangsa, dan pangkat selagi berada di bawah
naungan Islam.
ITHAR:
Mengutamakan kepentingan orang lain daripada kepentingan sendiri.
Slot-slot yang dilaksanakan sangat
bermanfaat untuk para peserta. Slot-slot ini mengajar para peserta untuk menghadapi
hari_hari di Darul Quran yang penuh dengan mehnah dan tribulasi untuk menjadi
huffaz.
Majlis penutup pada hari terakhir telah
dirasmikan oleh Pengarah Darul Quran , Tuan Haji Paimuzi bin Yahya. Tahniah
kepada para peserta, saf kepimpinan perkemat, barisan koordinator program dan
barisan fsilitator yang telah menjayakan SYABAB pada kali ini.
0 comments:
Post a Comment