Program tasmi’ tambahan yang juga merupakan
aktiviti Jabatan Pengajian al-Quran (JPAQ) dengan kerjasama Persatuan
Kebajikan Pelajar Maahad Tahfiz Darul Quran (PERKEMATDQ) bagi memperkasakan
hafalan mahasiswa program diploma Darul Quran, akan dianjurkan sempena cuti
semester diploma.
Ianya diadakan bagi membantu
siswa dan siswi menambah hafalan mereka sepanjang cuti tersebut. Program ini
juga merupakan usahasama JPAQ dan
PERKEMAT DQ yang mensasarkan sifar pelajar tidak habis muqarrar dan menduduki
peperiksaan ulangan.
Bertujuan untuk membimbing siswazah menguruskan masa
cuti dengan aktiviti yang bermanfaat dan menyediakan
lebih banyak ruang masa untuk iadah(mengulang hafalan). Seramai 85 orang siswa dan 154 siswi dengan jumlah 239 orang yang mengikuti program ini.
Program berjalan selama 4 minggu mulai 9 April
sehingga 4 Mei 2012. Waktu pengajian bermula dari jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 10.00 pagi. Selepas itu, kelas iadah bermula jam 11 pagi hingga jam 12 tengah hari.
Tenaga
pengajar yang melaksanakan program tasmi’ tambahan ini adalah seramai 22 orang pensyarah yang terdiri daripada
pensyarah jemputan. Hal ini kerana komitmen pensyarah jemputan adalah lebih
berbanding pensyarah tetap yang terpaksa menghadiri program yang lain
terutamanya ketika bermulanya sesi kuliah semester baru bagi pelajar diploma. Seorang
guru memegang 11 orang pelajar banin, manakala bagi banat, seorang guru juga memegang 11 orang banat.
Pelbagai aktiviti turut diadakan sepanjang program ini. Antaranya, liga futsal bagi banin, liga bola jaring bagi banat, tayangan, kuliah tafsir oleh Ust Mohd Syaukhi, kuliah fiqh mar'ah oleh Ust Wan Mohd Nor, lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa (KLIBF) dan banyak lagi.
0 comments:
Post a Comment