Friday, December 19, 2008

ANNUAL GENERAL MEETING(AGM)

Pada 29 november 2008,Persatuan Kebajikan Pelajar Maahad Tahfiz (PERKEMAT) telah mengadakan satu mesyuarat tahunan yang ke 24.program bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 malam.
Antara agenda yang dijalankan pada sebelah siang adalah perbahasan usul,perlantikan dan perletakan jawatan dan pengumuman keputusan pilihanraya untuk pimpinan Perkemat 08/09.Manakala pada malamnya telah di adakan persembahan daripada mantan exco 07/08 dan persembahan dari exco Perkemat 08/09,tayangan slide show, penyampaian hadiah dan anugerah buat mereka yang terpilih.
semoga kepimpinan yang dipilih dapat menyiapkan diri setabah mungkin dan menyediakan bahu untuk memikultanggungjawab yang ditaklifkan.Apa yang telah berlaku dan yang akan berlaku adalah dalam kuasa dan izin Allah s.w.t. Mungkin kita tak dapat nak puaskan hati semua pihak,dari itu sentiasalah setting niat, moga apa sahaja program atau pembaharuan yang akan dilakukan adalah kerana menyahut seruan islam, menuruti suruhan Allah...Wallahu a'lam.

0 comments: