Saturday, June 18, 2011

Jumaat, 17/06/2011 – Mesir telah menahan seorang rakyat Israel yang disyaki mengintip dan cuba mengumpul pemuda-pemuda untuk mengambil bahagian dalam aktiviti anti-kerajaan dalam protes yang diadakan di Dataran Tahrir selepas bekas Perdana Menteri Hosni Mubarak digulingkan, kata sumber perundangan pada Ahad lepas.

Suspek berkenaan yang bernama Ilan Goren merupakan seorang pegawai di agensi perisikan Israel, Mossad. Dia menyertai protes di Dataran Tahrir itu setiap hari dan memprovok pemuda-pemuda supaya bertempur dengan pihak tentera, kata sumber dari pasukan pendakwa. Dia turut dilaporkan mengedar sejumlah wang tunai bagi mengumpulkan peserta protes.

Kesatuan Media Antarabangsa melaporkan bahawa Goren, 41, turut disyaki terlibat menyebarkan maklumat dalaman semasa berlaku revolusi pada 25 Januari lalu. Menurut agensi (media) itu lagi, seperti yang dimaklumkan oleh pihak pendakwa, ejen risikan itu berjaya dijejak di wilayah Imbaba, Kampung Sol dan beberapa tempat lain di Kaherah yang mana pertempuran berlaku.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/

penterjemah : salwa

0 comments: